Ahad, 11 Mac 2012 | By: Helmi Effendy

R.A.I.N.B.O.W 37



            Zurina sedang duduk sambil berpeluk tubuh di sofa yang tersedia di lobi hotel tempat penginapan mereka. Matanya asyik ditalakan ke arah pintu masuk kawasan lobi itu. Harapannya agar Naem akan muncul tanpa ada apa-apa terjadi pada jejaka itu.

           “Abang.. mana abang...” gumam Zurina, penuh keresahan.

            Untuk menghilangkan perasaan risau yang menyelimuti diri, Zurina memandang ke arah televisyen yang sedang tergantung di sudut lobi itu. Kelihatan saluran berita sedang ditayangkan. Zurina menatap bosan sehinggalah...

            “What did she just said?” soal Zurina kepada pekerja hotel yang melintasinya.

            “Oh that is a warning. Around 2 hours, there will be a snowstorm attacking Verbier,” kata pekerja itu.

            Zurina pantas berlari ke arah tingkap. Dia sendiri melihat bagaimana kawasan meluncur salji sudah dikosongkan atas amaran rebut salji bakal mendatang. Dia juga melihat bagaimana langit Verbier yang sudah bertukar warna. Kalung yang tersarung pada lehernya digenggam erat oleh Zurina.

            Abang Naem...

***

            Naem rebah. Kesejukan sedang mencucuk sehingga ke tulang hitam manakala Fazrina sudha tertidur. Wajah Zurina yang hanya seinci sahaja daripada pipinya itu dijeling penuh simpati Naem.

            Tidak! Aku harus selamatkan Fazrina!

            Tenaga baru mengalir dalam urat saraf Naem. Semuanya kerana Fazrina. Kakinya digagahkan untuk berdiri. Biarpun dia tidak sempat sampai ke hotel penginapannya, sekurang-kurangnya Naem mampu membawa Fazrina singgah ke  tempat yang lebih selamat seperti menara kosong... ehh itu.

            “Bertahanlah sayang...” gumam Naem sambil menggagahkan diri menghampir sebuah rumah kayu yang kelihatan dalam kegelapan malam dan hujan salji.

            “Naem.. Naem... jangan tinggalkan saya...” kedengaran suara Fazrina membebel dalam pengsan. Naem hanya mampu tersenyum.

            “Saya tahu...” gumam Naem perlahan sambil menolak pintu rumah kayu itu.

            Rumah itu kosong. Terdapat timbunan kayu yang disususn hampir setinggi paras pinggang Naem. Tidak jauh daripada situ terdapat sebuah perapian yang sedang menyala marak. Suasana di dalam rumah itu hangat, berlawanan sekali dengan suasana di luar yang sejuk bukan kepalang.

            “Hello, anyone here?” teriak Naem sambil menurunkan Fazrina di satu tempat di dalam rumah itu. 
Fazrina disandarkan pada timbunan kayu yang disusun itu. Tiada balasan. Naem mengulanginya buat kali ketiga. Nada suaranya lebih kuat dan tinggi.

            “Tak ada sesiapa...” gumam Naem. Pandangannya teralih pada Fazrina yang sedang menggigil 
kesejukan.

            “Aku kena berbuat sesuatu sebelum reput froz,” kata Naem pada dirinya sendiri.

            Baju sejuk yang membalut tubuh Fazrina dipisahkan daripada Fazrina. Pengetahuan Naem mengajar Naem bahawa hanya hawa tubuh badan manusia sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa Fazrina. Naem tiada pilihan lain kecuali memeluk Fazrina.

            Maafkan abang Zurina...

            Tubuh Fazrina ditarik oleh Naem. Lalu dirangkulnya tubuh Fazrina. Pada saat itu, Fazrina membuka matanya.

            “Awak...” tutur Fazrina.

            “Shyy... tidur. Saya ada...”

***

            Mata Zurina terbuntang luas. Dia bermimpikan yang Naem dan Fazrina... dia yang tertidur di sofa di lobi hotel penginapan mereka di Verbier itu.

            “Zurina Mawar binti Azman Arjuna,” panggil satu suara membuatkan Zurina menoleh ke tepi. Scha Putra!

            “Awak...” tutur Zurina. “Mana awak tahu saya ada kat sini?” tanya Zurina tergagap-gagap.

            Scha Putra mengukirkan senyuman. Senyuman yang pernah suatu masa dahulu menggegar jiwanya, membuatkannya cair. Namun, pengukir senyum itu bukanlah pencinta yang setia membuatkan Zurina beralih cinta. Naem pula muncul ketika dia karam di lautan duka, menariknya menikmati kapal kegembiraan yang berlayar di lautan cinta.

            “Awak tunggu siapa?” tanya Scha.

            Zurina bangkit lalu bergerak ke arah tingkap lobi hotel. Dia sekadar merenung kawasan meluncur salji yang hanya beberapa ratus meter daripada lobi hotel itu. Salji kelihatan sedang lebat turun.

            “Ahmad Naem?” tanya Scha sambil berpeluk tubuh, berdiri di belakang Zurina.

            “Boleh tak awak berhenti kacau saya?” kedengaran suara Zurina yang separuh merayu.

            “Dengan satu syarat,” jawab Scha.

            Zurina memalingkan tubuhnya dengan wajah yang berseri. Kata-kata yang terakhir daripada Scha mengembalikan semangatnya.

            “Apa dia Scha?”

            “Saya nak awak hilang dari pandangan mata saya, hilang dari memori saya, hilang dari hati saya, hilang dari jiwa saya dan yang paling penting jangan ganggu hidup saya lagi,” tutur Scha tenang.

            Zurina mengangkat keningnya.

            “Saya tak faham…”

            “Awak memang tak akan faham. Bagaimana saya boleh lupakan awak padahal saban hari bayangan awak sentiasa menghantui hidup saya. Bagaimana saya boleh melupakan awak sedangkan setiap denyut nadi ini sedang memuja awak Zurina. Bagaimana saya boleh melupakan awak sedangkan nama awak sudah terukir di kantung jiwa ini. Kalaulah awak faham perasaan hati ini…”

            “Lelaki kalau berjanji dan mengayat perempuan, memang manis,” gumam Zurina sinis.

            “Saya ikhlas mencintai awak,” balas Scha yang tidak mahu kalah.

            “Cinta? Jangan buat saya tergelak Scha Putra! Selepas apa yang awak buat pada saya, selepas hadirnya perempuan yang awak kata lebih cantik, lebih baik dan lebih hebat daripada saya, awak mampu lagi tebalkan muka awak jumpa saya? Tak ingat ke yang ini ialah perempuan yang pernah satu masa dulu awak labelkan sebagai terhegeh-hegeh dan perigi cari timba!” Zurina meletup. Dia menghamburkan kata-kata itu dengan nada suara yang kuat membuatkan Scha terdiam. Ada titisan air mata yang mengalir dari kelopak mata Zurina sebelum Zurina meninggalkan Scha yang tercegat berdiri.

            Aku dapat merasakan gelora hatimu Zurina… kau di persimpangan dilemma. Memilih si kumbang yang baru atau kumbang yang mahu kembali singgah di bebungamu. Zurina Mawar… kau ialah mawar yang terindah!

***

            El menumpang bilik Iwan memandangkan Dahlia sednag nyenyak tidur pada malam itu di biliknya. Kelihatan jejaka tinggi lampai itu sedang berdiri sambil memerhatikan salji yang sedang layu dari langit melalui tingkap bilik hotel Yai.

            Janjinya kepada Dahlia sedang bermain-main di saraf memorinya. Mindanya tidak habis-habis memutarkan janji itu meskipun dia cuba memadamkan. Nasihat Iwan sedang sayup-sayup hilang dalam kotak mindanya.

            El menoleh ke arah Iwan yang sednag terbongkang di atas katil. Dengkuran Iwan memenuhi bilik yang luas itu. El tersenyum. Dia tidak mungkin akan dapat tidur senyenyak Iwan. Fikirannya tidak akan berhenti berehat selagi rantai Dahlia tidak ditemui. Tetapi…

            Mampukah dia untuk menjumpai rantai Dahlia? Dimanakah rantai Dahlia? Apakah sudah ditimbus oleh hujan salji yang sedang menggila memenuhi bumi Verbier pada malam itu. Ya, itu merupakan tugas mustahil tetapi cinya lebih gila dari segala kemustahilan!

            El mencapai baju sejuknya yang sedang terdampar di atas katil. Dia membalut tubuhnya dengan baju sejuk berbulu itu lalu melangkah keluar daripada bilik Iwan. Perlahan pintu bilik itu ditarik. El tidak mahu membangunkan Iwan yang sedang nyenyak dilamuna mimpi. Kalau Iwan terjaga, pasti Iwan tidak akan memberkati hasrat gila El itu… tetapi El memang sudah gila. Dia gilakan Dahlia…

            Selepas lima belas minit mengayun kakinya, El tiba di tapak meluncur salji itu. Tapak yang El mengesyaki Dalia kehilangan rantai kesayangan itu. Rantai yang diwarisi oleh ayah dan ibu kandung Dahlia yang sedang dicari oleh Dahlia.

            “Sejuknya…” gumam El sambil menggigil ketika melangkah penuh gagah dalam hujan salji.

            “Kalau tak silap aku, di sinlah Dahlia bertembung dengan Zul.”

            El melilau melihat sekelilingnya. Tiada langsung kelibat rantai Dahlia. Mungkin sudah ditenggelami oleh salji yang tebal. El kemudian melutut lalu… menggali di sekitar situ. Dia terus menggali… namun rantai itu tidak dijumpai.

            “Mana rantai Dahlia ni…” gerutu El. “Mungkin aku salah tempat.”

            El kembali berdiri, cuba melangkah ke tempat lain. Tetapi… entah kenapa dia diserang pening. Dunia di sekelilingnya berputar membuatkan El hilang keseimbangan sebelum jatuh terlentang di atas timbunan salji.

***

            Kelihatan matahari sedang naik pada pagi itu. Di tengah dataran putih, kelihatan seorang lelaki yang sedang mengendong seorang gadis dengan penuh gagah, Kesatrian lelaki itu mungkin bias mencairkan hati mana-mana gadis di dunia.

            Chalet d’Arrien…

            Sebuah rumah kayu setinggi empat tingkat sedang berdiri di hadapan mata Naem. Itu ialah banggunan utama untuk hotel tempat mereka menginap sepanjang berada di Verier, Switzerland.

            “Awak… kita dah sampai,” bisik Naem.

            Fazrina membuka matanya. Dia tersenyum puas memerhatikan hotel itu.

            Zurina… cepat datang lihat suami kau sedang menggendong siapa!

            Naem terus melangkah dalam timbunan salji. Dia tersadung sesuatu dan terjatuh. Fazrina juga…

            “Fazrel?” panggil Naem sambil menepuk-nepuk pipi El.

            Fazrina menyapu wajahnya yang terkenal salji. Dia sedang duduk bersila di belakang Naem sambil berpeluk tubuh.

            “Badan dia panas… demam. Apa yang dia buat kat sini… semalam ribut salji,” kedengaran suara Naem berceloteh. “Nina, awak balik dulu. Saya yakin yang awak mungkin boleh berjalan. Saya nak bawa El ke bilik dulu. Dia demam teruk ni.”

            Dengan wajah yang mencuka, Fazrina meninggalkan Naem yang sedang mengendong El pula. Tenaga lelaki itu memang sangat luar biasa sekali.  



Sabtu, 11 Februari 2012 | By: Helmi Effendy

R.A.I.N.B.O.W 36



Ski Touring ialah sejenis aktiviti menjelejah kawasan salji sambil menikmati pemandangan yang terhidang. Terdapat trek yang disediakan selalunya aktviti ini dijalankan di kaki gunung kerana keadaan yang sentiasa bersalju. Peserta harus memakai alat-alat yang disediakan bagi memudahkan aktiviti berjalan di atas salji yang tebal. Antara alatnya ialah  ski boot, binding, dan ski crampon.”

           Itulah penjelasan pemandu trek yang akan membawa Naem dan Zurina pergi menjelajah trek di sekitar Alps sambil menikmati pemandangan yang dikatakan sangat indah. Ketika seisi taklimat berlangsung Naem tidak habis-habis menjeling ke arah seorang gadis yang pernah suatu masa dahulu mencuri hatinya.

            “Terima kasih abang,” bisik Zurina sambil memeluk lengan Naem, sekaligus mematikan lamunan Naem. Naem mengangguk sambil tersenyum. Dia melayang sebuah kucupan di dahi Zurina. Sempat juga Naem menjeling ke arah Fazrina untuk melihat reaksi gadis itu.

            Pemandu trek yang bertugas memberi arahan kepada peserta agak bersiap sedia. Mereka akan menikmati sebuah perjalanan agak lama. Naem dan Zurina bangkit daripada bilik taklimat yang ada di dalam hotel tempat penginapan mereka di Verbier.

            “Hai Naem,” tegur Fazrina tiba-tiba sambil menghulurkan tangannya yang bersarung tangan itu. Fazrina sempat mengukirkan sebuah senyuman, yang pernah membuatkan jiwa lelaki Naem tumpas.

            Zurina menoleh ke arah Fazrina, menatap wajah Fazrina dengan penuh curiga. Naem seolah-olah lupa diri apabila terpaku pada senyuman Fazrina. Tangannya tanpa sedar, menyambut tangan Fazrina.

            “Abang,” panggil Zurina. Sekali lagi Naem tersentak dari lamunannya. Dia tersengih sambil melepaskan tangan Fazrina yang dipegangnya tanpa meleraikan salamannya. Tangan Naem ditarik oleh Zurina, sekaligus meninggalkan Fazrina yang sedang tersenyum sinis.

***

            Dahlia Chempaka membuka matanya. Wajah tampan yang digilai ramai gadis sedang tersenyum menanti dirinya bangun, sambil mengukirkan senyuman yang pasti dapat menundukkan hati dalam sepantas saat berlari. Tangan Dahlia sedang erat digenggam oleh El.

            “Awak dah bangun,” tutur El. Kepala Dahlia masih bersisa pening membuatkan gadis itu sukar untuk bangun.

            “Saya kat mana ni?” tanya Dahlia.

            “Awak kat bilik saya,” gumam El.

            Dahlia kelihatan sangat gelabah. Dia pantas bangkit namun El menggelengkan kepalanya. Dahlia disuruhnya baring semula memandangkan keadaan gadis itu yang masih lemah.

            “Tak manis kalau lelaki dan perempuan dalam keadaan macam ni,” tutur Dahlia yang kelihatan keresahan ketika El menarik selimut yang terdampar di tepi kaki Dahlia menutupi tubuh Dahlia.

            “Iwan ada tu,” kata El sambil melontarkan pandangan ke arah Iwan yang sedang termenung panjang di atas kusyen yang terdapat dalam bilik hotel tempat penginapan mereka sepanjang berada di Verbier itu.

            Dahlia mengeluh lega. El nampaknya berfikir dua kali sebelum membawa dia ke dalam bilik itu. Kalau tadi kelat sahaja wajah Dahlia, namun kini dia sudah boleh tersenyum puas.

            “Apa yang jadi kat saya?” tanya Dahlia sambil memegang kepalanya.

            “Awak terlanggar seseorang masa tengah seronok meluncur tadi. Seseorang yang bodoh...” El menekankan perkataan terakhirnya agar dapat didengari oleh Iwan.

            “Dia tak apa-apa ke?” tanya Dahlia sambil berkerut dahinya. Perasaan bersalah muncul di nurani Dahlia.

            “Saya dah kerjakan dia!”

            Dahlia tiba-tiba bangkit. Dia menyelak selimut ke tepi, cuba meninggalkan bilik itu namun El telah menahan gadis itu. Bahu Dahlia disentuh lembut lalu El menolak tubuh gadis itu ke katil empuk.

            “El gurau ajelah,” kata El. “Sekarang ni, Dahlia kena berehat. Dahlia masih lemah.”

            “Tapi, salji...”

            “Esok boleh main lagi, kan? Dah, jangan jadi budak-budak. Awak tu cedera, tak sihat. Jadi, kenalah berehat. Tidur!” El bertegas membuatkan wajah Dahlia berubah monyok. Iwan pula hanya tersengih memerhatikan gelagat El dan Dahlia.

            “Tapi...” Dahlia cuba membantah.

            El menggelengkan kepalanya membuatkan Dahlia mati kata-kata. Sebelum itu, El telah menarik selimut menutupi tubuh Dahlia.

            “El...” gumam Dahlia sambil mencebikkan wajahnya.

            Perasaan simpati tiba-tiba mengalir dalam diri El melihatkan keadaan Dahlia. Dahlia pasti merajuk, El pasti itu. El harus berbuat sesuatu untuk menenangkan gadis itu. Gitar akuistik kesayangannya dipandang El. Tiba-tiba dia dapat satu akal.

            “Kalau Dahlia tidur, El ada hadiah istimewa untuk Dahlia,” ujar El tiba-tiba.

            “Hadiah?” ulang Dahlia yang sedang baring di atas katil El manakala El sedang duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah kanan katil.

            El mengangguk sambil tersenyum.

            “Iwan, ambilkan gitar aku kat sana!” arah El.

            Iwan mengangguk lalu memberikan gitar akuistik itu kepada El.

            “Awak tahu kan saya ni komposer terkenal Malaysia? Hari ini composer terkenal Malaysia merangkap gitarist R.A.I.N.B.O.W akan menyanyikan sebuah lagu, yang diciptanya khas untuk Dahlia Chempaka,” tutur El sambil membelek-belek gitarnya itu.

            “Lagu.. apa?” tanya Dahlia yang suaranya kedengaran gementar secara tiba-tiba.

            “Jangan lupakan aku...” tutur El.

Cinta ini semakin tertinggal
Dalam perlumbaan ini
Yang penuh dengan air mata
Kerana itu, maafkan aku...

Jangan pernah lupakan aku....
Saat aku melangkah pergi darimu
Jangan pernah lupakan aku...
Meski kata cinta tidak terbit dari bibirku

Jangan pernah lupakan aku...
Walaupun kau hidup untuk seribu tahun lagi
Ingatlah aku sebagai si bodoh
Yang tetap mencintaimu
Walau kau satu-satunya gadis di dalam alam ini

Jangan pernah lupakan aku...
Walaupun kau hidup hanya untuk sesaat lagi
Ingatlah aku sebagai si bodoh
Yang tetap menunggumu
walau dihiris seribu belati

Selamat tinggal.. selamat tinggal... selamat tinggal...

            El menyeka air mata yang mengalir. Dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan sambil memejamkan matanya. Membayangkan andai suatu hari nanti dia tewas dalam memenangi hati Dahlia, dia akan melangkah pergi. Sebelum itu, permintaan terakhirnya agar Dahlia tidak melupakannya.

            El membuka matanya dan Dahlia... sudah terlelap sambil memeluk bantal panjang. Keletihan sedang jelas terpapar di wajah Dahlia, mungkin kerana penat meluncur salji petang tadi.

            “I love you girl...”

***

            “Everyone, please wait!” tutur Naem tiba-tiba ketika mereka sedang jauh berjalan. Dia menyedari sesuatu yang pelik dalam kumpulan manusia di situ. Pemandu rombongan yang mengikuti aktviti  skitour itu menoleh ke arah Naem. Zurina menatap wajah Naem.

            “Anything wrong here?” tanya pemandu mereka itu.

            “Nina, she is not here!

            “How can that happens?”

            Naem membisu. Dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Setahunya, Fazrina terlalu sibuk menangkap gambar menggunakan kamera DSLR Nikon D4. Naem kenal benar Fazrina, gadis yang obsess dengan kamera itu.

            “I think she is left behind!

            Kumpulan yang mengikuti skitour itu kelihatan resah. Suara berbisik memenuhi sekeliling Naem, namun Naem tidak peduli. Dia kelihatan membisikkan sesuatu di telinga penunjuk arah itu. Kemudian, penunjuk arah itu mengangguk.

            “Zurina!” panggil Naem. Naem menoleh ke arah isterinya itu. “Zurina ikut Encik Steven dulu. Abang nak pergi cari Nina!”

            “Tapi, abang ingat ke jalan...”

            “Abang rela sesat daripada meninggalkan Fazrina keseorangan di luar sana!” kata Naem spontan membuatkan air muka Zurina berubah serta-merta. Wajah Naem diamati oleh Zurina.

            Naem menghampiri Steven buat kali kedua, mengatakan sesuatu dalam bahasa Jerman, bahasa asasi penduduk Switzerland. Dia menepuk bahu Steven lalu bersalaman dengan lelaki itu.

            “Zurina, abang pergi dulu,” gumam Naem buat kali terakhir lalu menghadiahkan kucupan tepat di dahi Zurina. Kemudian, Naem berlari meninggalkan Zurina yang tercegat berdiri. Perlahan-lahan, sumbu cemburu sedang dibakar oleh Naem tanpa sedar.

***

            Iwan sedang menikmati maggie yang baru sahaja dimasaknya. Sukar untuk mencari makanan halal di kaki gunung itu. Dalam masa darurat ini, hanya mee segera itulah yang menjadi makanan kegemarannya.

            Sambil menikmati gelagat orang di kafe hotel penginapan mereka, Iwan menikamti setiap sedutan maggie perasa kari itu. Sedap. Sebenarnya Iwan sedang mencari kelibat gadis bertudung yang dilanggarnya pagi tadi.

            Iwan mahu mengenali gadis itu lebih lanjut memandangkan perasaan yang sama ketika dia bersama 
Dahlia menyerangnya. Dia mahu menerokai perasaan itu, dengan lebih dalam.

            Tiba-tiba, ada seseorang yang menumpahkan sesuatu mengenai seluar jeans Iwan. Kelihatan Iwan membebel sesuatu sambil mengesat kesan basah yang tertompok di seluarnya itu.

            “You must be...”

            Iwan tergamam apabila wajah yang sememangnya ditunggu sedang dijamah pandangan matanya. Raut resah seakan-akan azimat yang menundukkan gelora perasaan yang sedang menggila di hati Iwan.

            Gadis bertudung itu...

            “Sorry sir. I.. I need...

            “Tak  apa,” tutur Iwan pendek. Marahnya reda begitu sahaja. “Saya tahu awak tak sengaja.”

            Gadis tadi tanpa sedikitpun memandang wajah Iwan, lantas beredar dari situ. Tinggalah Iwan hanya mampu membisu memerhatikan gadis itu berlalu pergi. Detak jantungnya tiba-tiba berdebar aneh...

            Kenapa aku senang sangat jatuh cinta?

***

            Matahari semakin tenggelam ditelan barat, namun batang hidung Fazrina masih belum kelihatan. Steven dan Naem sudah berpecah untuk mencari gadis itu yang dipercayai hilang dalam lautan salji yang menyelimuti kaki pergunungan Alps itu.

            Kelihatan seorang lelaki yang sedang gagah meredah salji di tengah-tengah dataran yang kering-kontang. Hanya kepulan salji menjadi tikar di atas dataran itu. Suhu yang semakin menjatuh bukanlah alasan untuk Naem meninggalkan Fazrina keseorangan diluar sana.

            Awak kena bertahan. Hero awak sedang datang...

***

            Seorang gadis sedang duduk berpeluk tubuh sambil melindungi diri yang sedang dihujani oleh salji yang tidak berhenti turun dari dada langit. Dia sedang menggigil. Naem yang sudah kehilangan seluruh tenaganya itu entah bagaimana mendapat tenaga baru.

            “Nina!” teriak Naem sambil membuka langkah seribu ke arah Nina.

            “Awak...” tutur Fazrina sambil melontarkan renungan simpati ke arah Naem.

            “Awak tak apa-apa?” soal Naem.

            Fazrina hanya mampu tersenyum ketika Naem menyelimuti tubuh gadis itu dengan baju sejuk yang sepatutnya membalut tubuh Naem. Fazrina rebah ke arah tubuh Naem, kesejukan.

            Naem mengendong Fazrina.

            Saya akan bawa awak keluar dari sini!

***

            Dahlia kelihatan resah. Dia sedang mencari sesuatu di sekitar katil El tetapi tidak ketemu. Dahlia bangkit lalu turun dari katil itu. Dia mengagahkan diri berjalan ke arah pintu keluar dari bilik El.

            “Kenapa Dahlia?” tutur El yang baru sahaja balik dari kedai sambil membawa makanan dan minuman bersama Iwan.

            “Rantai saya hilanglah awak,” kata Dahlia sambil mengesat peluh resahnya.

            El menoleh ke arah Iwan, berkongsi pandangan dengan jejaka itu.

            “Rantai tu El boleh beli.”

            “Rantai itu milik ibu bapa kandung Dahlia. Rantai tu ada pada Dahlia sejak kecil lagi!” Nada suara Dahlia bertukar keras. “Rantai itu tiada galang gantinya!”

            El terdiam. Wajah Dahlia ditenungnya.

            “Macam inilah, Dahlia berehat dulu. El dengan Iwan akan carikannya,” pujuk El.

            “Tapi...”

            “Pergi berehat. Awak tu sakit.” El berkeras.

            “El janji yang El akan cari ya?” El mengangguk sambil tersenyum. Biarlah senyuman itu dapat meredakan keluh resah yang sedang bermaharajalela di hati Dahlia. Dia dan Iwan akan cuba sedaya upaya untuk mencari rantai yang sangat bermakna buat Dahlia itu. Dahlia menghulurkan jari kelingkingnya.

            “Apa ni?” tanya El.

            “Janji dengan Dahlia.”

            El mengangguk lagi.

            “Hari dah nak malam. Esok ajelah kita cari?” bisik Iwan ketika Dahlia hilang dari pandangan, kembali ke dalam bilik El.

            El menggelengkan kepalanya.

            “Kau tahukan betapa aku sayangkan Dahlia?” tanya El.

            Iwan membisu sambil menatap wajah El. Beberapa ketika kemudian, Iwan kembali tersenyum.

            “Cinta...” gumam Iwan sambil tersenyum.
Jumaat, 9 Disember 2011 | By: Helmi Effendy

R.A.I.N.B.O.W 35



            Pintu bilik Dahlia berketuk sekaligus mematikan lamunan gadis itu. Dia membetulkan rambut yang kusut dengan jarinya lalu melangkah ke arah pintu bilik hotelnya yang masih belum berhenti diketuk.

            Pintu dibuka dan El sedang berdiri sambil tersenyum. Iwan sedang melingkarkan lengannya di leher El. Dahlia tersenyum menanti kedatangan El. El sedang lengkap memakai baju sejuk, penutup kepala dan tidak lupa cermin mata gogal di kepalanya.

            “Jom ikut saya luncur salji. Masa masih awal lagi,” ajak El sambil melihat jam tangannya. Iwan di sebelahnya mengangguk sakan.

            Dahlia menoleh ke belakangnya.

            “Apa kata kita ajak Zul sekali?” balas Dahlia.
  
          Senyuman di wajah El sedikit renggang, ada kelat sedikit sebaik sahaja nama Zul meniti di bibir Dahlia. Dahlia menyedari perubahan wajah El.

            “Maksud saya ajak semua orang. Naem, adik saya, Fadzlee dengan Fazrina sekali. Barulah best,” Dahlia mengubah kenyataannya. Namun, itu belum cukup menyembuhkan luka yang semakin parah setiap kali tanda-tanda cinta ditunjukkan oleh Dahlia untuk Zul.

            “Tak ada masalah,” jawab Iwan sebaik sahaja menyedari El hanya membisu.

            “Tak-tak...” gumam El sambil menggelengkan kepalanya. Tapak tangan Dahlia dicapainya. “Kali ini aje, saya nak luahkan masa dengan awak. Please...” El separuh merayu. Dia tidak langsung mengalihkan pandangan matanya daripada merenung dalam mata Dahlia.

            “Err...” Dahlia hilang kata-kata. Dahinya berkerut memandang wajah El.

            “Saya anggap awak setuju bila awak diam. Mari,” kata El sambil menarik tangan Dahlia supaya mengekorinya dari belakang. Dahlia terhincur-hincut mahu mengejar langkah kaki El.

            Iwan hanya tersenyum melihat tingkah rakan-rakannya.

            Mereka kata cinta itu buta. Hari ini aku dibutakan kerana cinta....

            Seseorang melanggar Iwan dari belakang. Iwan menoleh dan seorang gadis terjatuh. Kandungan beg tangan gadis itu bersepah di atas lantai. Gadis bertudung itu sepeti membebel sesuatu, menyalahkannya kerana terlanggar Iwan.

            “Awak tak apa-apa?” soal Iwan ketika cuba membantu gadis itu.

            Gadis bertudung itu menggelengkan kepalanya, langsung tidak mendongak untuk memandang wajah Iwan.

            “Tak apa. Saya boleh buat sendiri,” tutur gadis bertudung itu sambil menarik beg duitnya dari tangan Iwan.

            “Maaf, tadi...” tutur Iwan.

            Gadis bertudung itu mendongak lalu pandangan mata Iwan hinggap di wajahnya.

            Cantiknya...

            “Saya yang patut minta maaf tadi,” kata gadis itu sambil menarik zip beg tangannya. Dia bangkit lalu meninggalkan Iwan yang masih kesima, melutut di tanah.

            Perasaan yang sama ketika aku bertentang mata dengan Dahlia...

***

            El sedang membantu Dahlia menyarungkan penutup kepala dan cermin mata gogal yang baru sahaja ditempah oleh mereka di resort yang menjadi tempat penginapan mereka. Dahlia pula sedang memegang papan ski atau papan luncur salji dan tongkat yang akan digunakan nanti.

            “Saya tak pandai luncur salji,” gumam Dahlia ketika El sedang membetulkan gogal di kepala Dahlia.

            “Saya ialah jaguh luncur salji. Kalau Malaysia ni masuk sukan olimpik musim sejuk, tentu saya yang dipilih,” kata El. “Bagi papan luncur salji.”

            Dahlia mengangguk.

            “Tahu pakai tak benda ni?” tanya El lagi.

            Dahlia menggelengkan kepalanya.

            “Nak El pakaikan jugak ke?”

            Dahlia mengangguk sekaligus membuatkan senyuman El semakin mekar.

***

            Zul berdehem di hadapan pintu bilik Dahlia. Selepas menghela nafas panjang demi mencari ketenangan, pintu bilik Dahlia diketuk. Namun tidak berbalas.

            Sekali lagi...

            Ketukan pintu bilik Dahlia tidak berbalas.

            “Mana pula budak ni pergi?” gumam Zul yang sebenarnya sudah bersiap-sedia untuk mengajak gadis itu untuk aktiviti yang dipanggil winter hikes. Mereka akan mendaki salah stau puncak di Alps yang berdekatan dengan resort mereka. Apabila mereka tiba di puncak, Zul sudah merancang sesuatu yang romantis untuk si pujaan hati, Dahlia Chempaka.

            “Dahlia...” panggil Zul.

***

            “Awak.. nak pergi mana tu,” panggil Dahlia ketika El mula berganjak dari Dahlia.

            “Jangan dekat dengan saya. Belajar macam mana nak meluncur salji,” kata El. Dahlia masih bertatih, setiap kali dia mahu bergerak dengan papan luncur salji itu, dia akan jatuh tersembam. El pula akan ketawa.

            “Tapi, kalau saya berdiri aje, saya tak...”

            El menggelengkan kepalanya. Dia kemudian menghampiri Dahlia, lalu mengambil tongkat yang selalu digunakan dalam meluncur salji.

            “Awak pegang tongkat ni. Belajar untuk berdiri di atas papan luncur dulu. Lepas tu saya akan tarik awak perlahan-lahan lalu lepaskan. Awak pandai-pandai bawa diri ya?” kata El.

            Dahlia yang sedang duduk bersila di atas timbunan salji di kaki gunung Alps itu mengangguk dengan penuh semangat. Sambil menghadiah sekuntum lagi senyum buat El, gadis itu berdiri. Lututnya menggigil.

            “Bertenang cik Dahlia,” gumam El sambil melangkah setapak demi setapak. Dahlia pula memejamkan matanya.

            Perlahan-lahan El melepaskan tongkat yang dipegang oleh Dahlia. Dia kemudian berjalan ke tepi bagi memberi ruang kepada Dahlia. Dahlia terus bergerak perlahan, menuruni bukit yang sedikit curam untuk aktiviti meluncur itu.

            “Bukak mata!” teriak El ketika Dahlia semakin laju menuruni kaki bukit itu.

            Ajaib, tidak sampai beberapa saat Dahlia mampu memahirkan diri kemhairan asas meluncur salji itu. Dia meluncur seperti seorang professional. El tersenyum sambil bersia—sedia untuk turut menyertai Dahlia meluncur salji.

            “Terima kasih handsome!” teriak Dahlia kegembiraan sambil menjulang satu tongkat yang digunakan untuk aktiviti meluncur ke udara.

            Bam! Dahlia terlanggar seseorang ketika dia menoleh ke belakang memandang El. Mereka berdua tergolek di atas salji. El menambahkan kelajuan papan luncurnya. Teruk kemalangan tadi di mata El.

            Namun... apa yang sedang terhidang di hadapan matanya ialah Dahlia yang sedang terbaring di atas tubuh Zul. Darah meleleh keluar dari hidung Zul tetapi jejaka itu tersenyum seolah-olah merestui dirinya menjadi mangsa. Hadiahnya ialah Dahlia pengsan di dalam dakapannya. El mencabut papan luncurnya dari kasut.

            “Kurang ajar kau!” tempik El sambil menolak tubuh Dahlia ke tepi lalu menghadiahkan sebuah 
tumbukan mengenai pipi Zul.

            “Kenapa...”

            Zul tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila El menghadiahkan tumbukan lagi di pipinya. Kali ini, darah merah meleleh keluar dari mulutnya. Koler berbulu baju sejuk Zul itu digenggam oleh El.

            “Kau nampak apa yang jadi pada Dahlia?” kata El sambil menundingkan jarinya ke arah Dahlia yang terbaring tidak sedarkan diri.

            “Aku tak sengaja....”

            “Aku kenal kau Zul. Kau sanggup buat apa sahaja untuk merampas hati seorang gadis. Tapi, Dahlia bukan macam perempuan-perempuan yang pernah jadi mainan kau. Aku tak akan benarkannya!” tempik Helmi lagi lalu menghadiahkan sebuah lagi tumbukan. Kali ini tepat mengenai hidung mancung Zul.

            Kemudian, El bangkit dari atas tubuh Zul lalu bergerak ke arah. Kemalangan tadi mengakibatkan gadis itu belum sedarkan diri. El mengeluarkan sepucuk sapu tangan dari seluarnya lalu mengesat lembut darah yang mengalir dari hidung Dahlia.

            “Jangan risau, saya ada di sisi awak,” gumam El ketika mendukung Dahlia. Dia sempat melontarkan renungan ke arah Zul yang masih terbaring di atas salji.

            Orang ramai mengerumum mereka, ingin tahu dengan apa yang sedang terjadi. Zul menoleh ke arah El yang semakin jauh meninggalkannya. Dia mengesat darah yang membasahi wajahnya itu.

            “Aku tak akan kalah...” gumam Zul sendirian.

***

            “Awak ni, cepatlah sikit bersiap tu,” kata Naem ketika masih berbaring di atas katil.

            “Abang tolong tarik zip baju sejuk kat belakang Zurina ni,” pinta Zurina baru sahaja menyarungkan baju sejuk di tubuhnya.

            Naem ketawa.

            “Gelak pulak. Cepatlah tolong kita ni,” marah Zurina.

            “Awak pakai baju sejuk tu terbalik. Mana ada orang pakai baju sejuk macam tu,” kata Naim sambil melingkarkan tangannya di leher isterinya. Dia sempat mengucup pipi isteri tersayang itu.

            “Mulut tu asyik terbabas aje,” rungut Zurina sambil memegang pipinya.

            “Dapat pahala berkasih sayang dengan isteri sendiri,” kata Naem lagi.

            “Kita nak keluarkan? Pergi mana abang?” tanya Zurina.

            “Skitouring,” kata Naem pendek seraya melepaskan rangkulannya.

            “Apa benda tu?” tanya Zurina berminat.

***

            Fazrina atau nama popular di arena hiburan, Nina sedang duduk di kafe Chalet d’Arrien sambil menikmati secawan kopi panas. Di lantai sebelahnya, terdapat sepasang papan luncur salji berserta tongkatnya.

            Dia memerhatikan telefon bimbitnya seperti menunggu panggilan dari seseorang. Telefon bimbitnya berdering. Nama Scha Putra tertera di atasnya. Dia tersenyum sinis.

            “Macam mana rancangan kau di sana?” tanya Scha Putra dari balik telefon.

            “Setakat ini, rancangan aku berjalan lancar. Pasangan laki bini tu merancang untuk pergi skitouring di Verbier ni. Aku akan turut serta. Masa itu, aku akan laksanakan rancangan aku yang seterusnya,” kata Fazrina lagi.

            “Bagus...” balas Scha. “Pastikan yang aku akan kembali menjadi orang nombor satu di hati Zurina!”